Friday, June 11, 2010
WHATEVER TICKLES YOUR FANCY :
Semasa cuti sekolah ni memang aku boring gila duduk di rumah. Hati gatal hendak
menjahit baju untuk doll aku (aku dah boring tengok dia pakai baju itu itu ja..heh),
basic menjahit tak ada,mesin jahit pun takda..sudahnya kain aku gunting terbazir macam tu sahaja....tengok2 web etsy nampak baju2 comel gila untuk pullip/blythe aku tapi harga mengalahkan baju aku..cet..bagus jahit sendiri..kan?
Aku nak baju di atas..comel gila!!!!
Surfing punya surfing aku terjumpa sewing patterns untuk blythe di laman web Facebook.
Then, aku dapat banyak link untuk benda-benda macam ni.Dia main print ja, kemudian potong kain ikut pattern tersebut dan jahit!!!!Senang betol..nanti aku try buat..:-)
A FICTION BOOK:Recently tengah baca buku ni: Dreamcatcher dari Stepen King.Telah diadaptasi ke dalam movie.
Buku ni dah lama beli tapi baca bila ada mood sahaja.Bahasa dia tinggi / susah gila. Macam la
aku ni lecturer bidang bahasa yang boleh paham kan???Selak satu page,dictionary ada ready di sebelah..
A NON-FICTION BOOK :Recently baca buku bertajuk 'Palestina' yang berkaitan sejarah dan hidup orang Palastine dan bagaimana perebutan dengan orang Yahudi itu bermula...buku ni aku jumpa masa godek2 rak buku rumah nenek aku..Kisah palastine ni memang selalu tarik perhatian aku sebab kekuatan merekalah yg dapat jadi iktibar dan semangat untuk kita terus hidup..
Posted @
[
11:20 AM]